Thursday 20 October 2011

Jantung Hati dan Perasaan

Jantung hati dan perasaan.Biler sebut jer pasal 3 organ penting neh,mesti semua orang taw fungsi dan perkaitannya dengan hidup dan hayat kita. Tapi ney bukan aku nak cerita pasal fungsi jantung hati dan bla bla bla,aku cuma nak story pasal seorang pak cik kat sekolah aku. Pak cik ney aku xkenal. Tapi selalu jer bertembung kat sekolah. Dia tu salah seorang staf sokongan sekolah tapi aku xkonfirm departmen mane. Rasa2nya pembantu makmal fizik kot. Pak cik ney aku xtaw nama dye. Ha..saspen kan?? Tapi selalu gak bertembung dengan aku yang memang salah seorang ahli PRS(Persatuan Round Sekolah) neh..haha.Pak cik ney bolehla dikatakan hensem. Baju always tuck in,rambut belah tepi. Kalu muda aku dah ngorat. haha. Nak dijadikan cerita hari tu aku exam. Exam plak Add Math kertas @ satu paper jer. So keluar dewan exam pukul 11. Aku pon dengan selambanya terus ajak dua member aku yang baik-tahap-dewa tu masuk hostel walaupon menyalahi peraturan. Dalam perjalanan,tengah2 syok aku dok bayang semangkuk megi dgn katil dan bantal busuk yg dok memanggil2 tuh,tiba2 kitorang disekat oleh warden asrama kat depan pintu pagar. Haha..kantoi!! Maka mulalah member aku yang baik-tahap-dewa-tak-langgar-peraturan tu menggelabah. So as the orang yg responsible atas kesalahan yg kitorang buat tuh,aku pon kelentong la cikgu 2 macam2. Tapi malang sungguh sebab cikgu tu dah pat taon kenal aku. So dye taw permainan aku..haha. Siap bagi warning lagi tak bagi aku masuk asrama. Jadi kebetulan hari tu angin aku baik dan rasa macam nak dengar kata jer. So aku pusing balik 360` kembali ke sekolah.
Jeng3x
Inilah permulaan story neh..hehe
Memandangkan keesokannya exam fizik, jadi aku pon dengan mata yg mengantuk, perut yg lapar dan kepala yg berat dek kerana dok berperang dgn kertas Add Math 2 jam setengah terus naik makmal fizik cari cikgu subjek nak tanta soalan spot dan ambik buku rujukan. Sampai jer kat makmal fizik cikgu xde tapi ada lar dlm 5 org budak2 kelas aku tengah buat study group dengan pak cik yg aku cakap td tu dok kat tengah2 meja mcm seorang cikgu. Jadi aku yg dah terdidik dgn sopan santun dan nilai murni neh..hehe.. senyum kat pak cik tu dan tegur dye.."jadi tutor ke??". Pak cik tu cakap duduk la kalo nak belajar something. Didorong oleh kaki yg agak lenguh lepas tawaf sekolah aku pon ambik kerusi dan duduk kat depan pak cik tu. Aku tanya dye nak ajar fizik ker?? Pak cik tu cakap dia xpandai fizik tapi kalau biologi bolehlah. Tp topik ney xde dlm sukatan matapelajaran. Untuk pengetahuan am jer. Aku angguk dan tanya pak cik tu tajuk ape siap dengan pen dan kertas kat tangan. Pak cik tu dengan penuh semangat cakap la tajuknya "jantung hati dan perassan". Aku gelak dan cakap kat pak cik tu kalo jantung dan hati aku boleh terima sebagai sukatan subjek Biologi. Tapi kalo perasaan tu termasuk dlm subjek psikologi ye pak cik??Pak cik tu senyum jer dan terus bla bla bla.. pasal tajuk yg dia nak cakap tu dgn keaadaan aku yg menopang kepala atas meja. Biler dah duduk macam tu faham2lah..zzzzzzzzzzzzzzzz!!haha.. cuma aku tertarik dengan pesanan pak cik tu kat aku di bawah tajuk "perasaan"haha..Pak cik tu cakap pantang larang bagi pasangan yg bercinta ialah jgn bertemu semasa matahari tenggelam dan digantikan dengan bulan yg cerah menawan kerana cinta itu tidak boleh disaksikan oleh bulan dan bintang kerana pada ketika dan saat iti iblis dan syaitan menjadi peneman.Nauzubillah..

2 comments: