Saturday 8 October 2011

teman vs sahabat

Hari ney aku nak bercerita pasal kawan/teman/friends atau dalam bahasa korea chingu..dialek kelantan plak org ckp 'saing'.Sape sebenarnya kawan?? ala..tipu lah kalo korang xtaw kawan tu sape..sbb bila ak tnya adik ak yg umor 4 taun 2..dye kater ala kakak kwan 2 kn yg selalu datang umah kita..haha..itu sudut pandangan tntang kawan dari perspektif minda budak2 yg umor 4 taon la..Tp xpe la..at least,dia bleh ckap yg menandakn dia taw wlapon xberapa btul..xkn korang pon nk jwb macam 2 kot??haha
Oklah.. ak konfirm korang taw kwn 2 sape..
Mcmana pulak dgn sahabat?? ak xsure la adakah korang pon rterkebil2 mcm adik aku yg umor 4 taon 2..harap2nya tak..hehe
Ak xnak lah hurai pnjang2 tntang definisi teman dan sahabat ney..Cuma hari ny,ak nak kongsi skit perbezaan antara teman dan sahabat..Tp sebelum tu ak nk cite serba sdikit tntang diri ak yg berkaitan dgn per'teman'an atau per'sahabat'an ny..
Aku memang ramai kawan.. Tak dinafikan walaupon ak agak kepala angin,namun mungkin kerana pembawaan aku yg ceria menyebabkan ak ramai kawan..(ceh,ayat macam tambi..haha)Org cakap ak ney baik,xlokek pertolongan dan agak manis lah..hehe..ny org yg cakap bukan ak taw??haha
Tp sedar atau xsedar,aku cuma ramai kawan masa ak gembira,hepi n ceria..bila ak sedih,ak ttap berseorangan..mulanya agak payah untuk aku terima hakikat yg kawan2 ak majoritinya mendampingi ak hnya ketika ak gmbira yg juga trut boleh membuatkn dorang hepi dek kerana sifat aku yg ceria neh..
Tp,setelah aku cermin,aku belek dan ak telek diri aku sendiri,..aku rasa aku pon mcm tu jugak sbb tu lar diorang layan aku mcm 2..mungkin ak teman mereka yg terbaik namun bukan seorang sahabat yg baik..ape2 pon untuk mendapat seorang sahabat yg baik,ak perlu lebih dahulu menjadi sahabat yg terbaik untuk tman2 ak..
Seperti yg aku janjikan :
Teman
-sentiasa memuji hingga kita terlupa dgn kelemahan sendiri
-lebih byk bercerita psal diri mereka sendiri sehingga mereka lupa kita juga memerlukan mereka untuk mendengar luahan kita.
-sentiasa berada di belakang kita walaupon hakikatnya kita yg bersalah.

Sahabat
-sentiasa mengingatkan tntang kekurangan dan kelemahan diri kita sehingga kita menyangka mereka mahu menjatuhkan kita.
-sentiasa tekun mendengar masalah yg berkaitan dgn diri kita sehingga kita terlupa mereka juga punya masalah yg ingin dikongsi bersama.
-sentiasa memberi kritikan ketika kita tersilap memilih jalan hidup..

Itulah hakikatnya..
Kita menyangkakan bahawa org yg sentiasa memuji kita dan sentiasa berada di belakang kita walaupon kita yg bersalah merupakan sahabat kita yg terbaik..Hakikatnya teman sebegini hanya menimbulkan kelebihan kita yg sedikit dan menenggelamkan kesilapan kita yg menggunung.. Sampai kita tidak mempunyai ruang untuk memperbaiki diri kita sendiri..
Sebaliknya seorang sahabat yg sentiasa mengingatkan tntang kekurangan dan kelemahan kita dan sentiasa memberi kritikan kepada diri kita dianggap sebagai seorang teman yg ingiin menjatuhkan sahabat sendiri.. Sdgkan hakikatnya kita melalui perubahan ke arah yg lebih baik dek kerana kritikan dan pandangan mereka..Begitulah hakikat hidup

Apa kata hati :
Yg manis jgn terus ditelan yg pahit jgn terus diluah.. Kerana yg pahit itu kadangkala penawar sebaliknya yg manis itu adalah racun yg berbisa..
Semoga berjumpa lagi.. <3

No comments:

Post a Comment